Carian
BlackBerry Story Maker Memudahkan Pengguna Menghasilkan Kandungan Interaktif
January 31, 2013 Aman

BlackBerry Story Maker merupakan salah satu aplikasi tambahan yang didatangkan bersama-sama BlackBerry 10, dimana melaluinya ia membolehkan pengguna membina dan menghasilkan kandungan interaktif mereka dengan mudah.

BlackBerry Story Maker

BlackBerry Story Maker

Secara kasarnya, ia boleh dikatakan, BlackBerry Story Maker membawakan fungsi penggunaan seumpama Windows Movie Maker mahupun iMovie, dimana pengguna boleh menambah teks, gambar, lagu dan juga video, dan seterusnya menghasilkan sebuah hasil akhir yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama lain.

Seperti biasa, hasil akhirnya boleh dikongsikan bersama-sama rakan lain melalui laman sosial, ataupun disimpan pada peranti anda sebagai kenangan dan memori.

Komen