Kemaskini Windows Phone 7.8 merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna, dan hari ini, Nokia secara rasminya mengumumkan pengenalan kemaskini Windows Phone 7.8 untuk peranti Lumia 510, 610, 710, 800 dan juga 900.
Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang, menyertakan bersama-sama beberapa fungsi baru padanya.
Daripada apa yang dikongsikan Nokia, ia akan menyertakan sokongan perkongsian internet, perkongsian Bluetooth, penambahan pada Camera Extras, selain menyertakan sokongan untuk mengubah saiz Tiles seperti mana pada Windows Phone 8.
Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menambah gambar latar daripada Bing pada skrin kunci mereka, serta Windows Phone 7.8 yang membawakan sokongan kepada lebih banyak bahasa lagi.
Kemaskini ini akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut lokasi dan sebagainya, dimana bagi yang ingin menyemaknya, boleh ke halaman Settings > Phone Update.