FSRtech Memperlihatkan Sokongan Menghidupkan Motorsikal Menggunakan Arahan Suara

FSRtech Memperlihatkan Sokongan Menghidupkan Motorsikal Menggunakan Arahan Suara

Diterbitkan pada Jan 31, 2013 oleh .

Penggunaan arahan dan kawalan suara pada peranti mudah-alih adalah salah satu perkara biasa pada hari ini. Menariknya, FSRtech, salah satu syarikat tempatan kini memperlihatkan sokongan memulakan dan menghidupkan motorsikal menggunakan arahan suara.

Daripada apa yang diperlihatkan, proses menghidupkan motorsikal mengambil sedikit masa. Menurut FSRtech melalui laman Facebook mereka, ia dilakukan untuk memastikan kuasa dan pelbagai perkara aktif terlebih dahulu sebelum enjin dihidupkan.

Ia juga dipertontonkan yang mana terlebih dahulu, penggunaan suara pemilik ditetapkan, sekaligus mengelakkan untuk penggunaan suara orang lain untuk menghidupkan motorsikal tersebut. Mengikut FSRtech, mereka tiada perancangan untuk membuatnya menjadi produk komersial buat masa ini, dan perkara ini sekadar projek sampingan mereka ketika masa terluang.


TIPS & ULASAN