Hari ini, Facebook secara rasminya mengeluarkan kenyataan kewangan untuk tahun berakhir 2012, dan daripadanya beberapa informasi turut sama dikongsikan oleh syarikat laman sosial gergasi tersebut.
Daripada apa yang dikongsikan pihak Facebook, kini pengguna aktif bulanan mereka melebihi 1.06 bilion pengguna, dan jikalau dilihat, pengguna aktif harian secara purata sepanjang bulan Disember 2012 lepas adalah sekitar 618 juta orang pengguna.
Pengguna yang mengakses laman sosial tersebut melalui peranti mudah-alih juga kelihatan bertambah dari hari ke hari, dimana sepanjang bulan lepas, pengguna aktif bulanan yang mengakses melalui peranti mudah-alih adalah seramai 680 juta orang.
Mungkinkah kita akan melihat perkembangan positif Facebook sepanjang tahun ini, ataupun adakah pengguna akan mula beralih ke laman-laman sosial yang lain?