Suruhanjaya Pilihanraya Melancarkan Laman Rasmi Untuk PRU-13

Suruhanjaya Pilihanraya Melancarkan Laman Rasmi Untuk PRU-13

Diterbitkan pada Jan 31, 2013 oleh .

Dengan pilihan raya yang akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi, kini Suruhanjaya Pilihanraya melangkah setapak kehadapan, dengan melancarkan laman web rasmi untuk PRU13, dan menawarkan pelbagai informasi melaluinya.

Melalui laman web tersebut, beberapa informasi dan maklumat umum disediakan, termasuk kenyataan media dan pengumuman daripada pihak SPR sendiri. Pengguna juga boleh membuat semakan daftar pengundi, disamping melihat peta bahagian pilihan raya melalui laman tersebut.

Namun, bagi kami, salah satu kekurangan yang dirasakan adalah rekabentuk laman tersebut sendiri, yang mana kelihatan kurang menarik untuk dipandang. Pada masa yang sama, akaun-akaun sosial rasmi untuk PRU13 daripada SPR ini juga kelihatan tidak dipromosikan, malah tiada interaksi yang berlaku dikalangan pengguna dan pihak SPR.

Apa pun, berkemungkinan ini hanyalah untuk peringkat awal ini, dan mungkin ia akan berubah apabila tarikh pilihan raya diumumkan kelak.

Layari Portal rasmi Pilihan Raya Umum Ke-13


TIPS & ULASAN