Cari @ Amanz

Pada Google Chrome, telah sedia terbina sokongan untuk memaparkan notifikasi seperti pada aplikasi GMail dan sebagainya. Dan kini, melalui kod pembangunan baru, ia memperlihatkan Google mungkin akan menambah-baik dan menyertakan sokongan baru dinamakan Notification Center pada pelayar web tersebut.

Notifikasi Pada Google Chrome

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menawarkan sokongan notifikasi seperti mana di Android, membolehkan pengguna melihat notifikasi, menguruskannya melalui tetapan, ataupun menghilangkan semua melalui pilihan Clear All.

Ia turut diperkatakan kemungkinan sokongan Google Now akan turut disertakan bersama-sama dengannya.

Apa pun, memandangkan ia telah mula hadir pada kod pembangunan Chromium, mungkin kelak dalam beberapa bulan lagi, kita akan dapat melihat fungsi penuhnya, dan apakah Google akan membawakan melalui sokongan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd