Pelancaran GTA V Ditangguhkan Ke 17 September 2013

Pelancaran GTA V Ditangguhkan Ke 17 September 2013

Diterbitkan pada Jan 31, 2013 oleh .

Grand Theft Auto 5 merupakan salah satu permainan yang dinantikan ramai untuk tahun ini. Setelah mensasarkan pelancaran sebelum ini sekitar bulan Mei, hari ini, Rockstar Games mengumumkan penangguhan sekaligus memberikan tarikh pelancaran baru untuk permainan tersebut.

Menurut pihak Rockstar, penangguhan ini sekaligus akan membolehkan mereka menambah-baik dan menawarkan permainan yang lebih menarik untuk para pengguna.

Melalui GTA V, ia membawakan dunia permainan yang lebih luas, selain menawarkan tiga watak untuk dimainkan oleh pemain. GTA V akan dilancarkan untuk PlayStation 3 dan juga Xbox 360 pada 17 September 2013 kelak. Versi PC masih belum diumumkan secara rasmi oleh Rockstar Games buat masa ini.


TIPS & ULASAN