Samsung Membeli Pegangan Sebanyak 5% Pada Wacom

Samsung Membeli Pegangan Sebanyak 5% Pada Wacom

Diterbitkan pada Feb 1, 2013 oleh .

Mungkin ramai pengemar gajet dan peranti sedia mengenali syarikat Wacom, yang mana menghasilkan tablet dengan sokongan stylus dan pena digital yang popular. Samsung kini mengumumkan yang mana mereka membeli sebahagian kecil pegangan pada Wacom, sekaligus memperlihatkan fokus Samsung ke atas peranti dengan sokongan stylus.

Galaxy Note 10.1 - Slot S-Pen

Wacom dikatakan memegang pasaran pena tablet sebanyak 85% dan jualan komponen mereka kelihatan meningkat dari tahun ke tahun. Pihak Wacom mengatakan pelaburan ini akan digunakan sepenuhnya dalam pembangunan produk dan mengeluarkan beberapa produk untuk Samsung Electronics.

Samsung sendiri kelihatan semakin popular dengan produk keluarga Note mereka yang menyertakan S-Pen. Mungkin dengan pelaburan Samsung pada Wacom ini, ia sekaligus akan membolehkan Samsung hadir dengan peranti yang menyokong input pena digital yang lebih baik lagi pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN