Sebelum ini, beberapa info berkenaan dengan iPad generasi akan datang, ataupun iPad 5 telah kedengaran, mengatakan akan membawakan rekabentuk seumpama iPad Mini. Kini, beberapa gambaran awal dikongsikan perekabentuk bebas, sekaligus memberikan idea awal bagaimanakah ia akan kelihatan sekiranya ura-ura sebelum ini benar.
Pada awal minggu ini sendiri, gambar yang diperkatakan sebagai kerangka luar iPad 5 telah kelihatan di arena web, memperlihatkan gambaran seumpama pada idea konsep ini.
Daripada gambaran perekabentuk bebas ini, ia memperlihatkan rekaan yang sedikit kecil berbanding iPad sedia ada, memandangkan mengambil konsep iPad Mini dengan bahagian tepi yang lebih nipis berbanding iPad sedia ada.
Versi akhir daripada Apple kelak mungkin berbeza daripada apa yang digambarkan.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan gambaran konsep ini?