Cari @ Amanz

Sony kelihatan seperti telah bersedia untuk memperkenalkan konsol permainan generasi baru mereka, dimana WSJ mengatakan ia akan diperkenalkan oleh Sony pada bulan ini, dan kelak dimulakan jualan pada tahun ini.

Daripada apa yang desas-desus yang kedengaran, Sony dikatakan berkemungkinan menggunakan cip pemprosesan AMD untuk CPU dan GPU pada konsol baru mereka. Ia turut dikatakan Sony akan mengintegrasikan lebih banyak elemen dan aspek permainan sosial pada konsol baru mereka itu.

Bagaimanakah ia akan kelihatan masih menjadi tanda tanya ramai pihak buat masa ini. Mungkin segalanya akan terjawab pada acara media khas yang bakal diadakan pada 20 Februari 2013 ini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd