Google Street View Menambah Gambar Panorama Grand Canyon

Google Street View Menambah Gambar Panorama Grand Canyon

Diterbitkan pada Feb 1, 2013 oleh .

Google Street View merupakan salah satu perkhidmatan yang digemari ramai, membolehkan pengguna melawati pelbagai lokasi dengan lebih dekat terus melalui pelayar web mereka. Terkini, Google turut menambah gambar pemandangan Grand Canyon pada perkhidmatan mereka itu.

Untuk menjayakan perkara ini, Google membawa sebuah pasukan khas yang dilengkapi dengan sistem kamera 15-lensa berasaskan Android. Selepas melalui rakaman dan pemprosesan untuk beberapa bulan, kini lebih daripada 9,500 gambar panorama telah tersedia untuk diakses oleh pengguna.

Jadi, bagi anda yang berminat dengan gambar pemandangan sekitar kawasan pergunungan, mungkin boleh lawati Grand Canyon terus melalui pelayar web anda hari ini.


TIPS & ULASAN