Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai peranti yang dikenali sebagai Motorola X bukanlah sesuatu yang baru. Kini, melalui pencarian pekerja untuknya oleh Motorola, peranti tersebut disahkan, disamping pelbagai info lanjut berkaitan dengan peranti tersebut mula kedengaran.

Daripada ura-ura awal yang kedengaran, ia diperkatakan Motorola telah pun memulakan ujian awal untuk peranti prototaip Motorola X.

Peranti ini dikatakan menyertakan skrin bersaiz 4.8-inci, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan empat teras. Menariknya, walaupun dikatakan ia ditawarkan dalam variasi sehingga 128GB, ruangan storan mikro-SD turut sama disertakan pada peranti tersebut.

Berkenaan dengan kamera, ia dikatakan Motorola X ini bakal menggunakan sensor daripada Sony, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi.

Berkemungkinan, kelak pada Google I/O, kita akan dapat melihat Motorola X ini diperkenalkan bersama-sama sistem operasi Android 5.0 Key Lime Pie padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd