Cari @ Amanz

igcraosVersi terkini Instagram yang muncul di Playstore dan App Store hari ini didatangi dengan fungsi menapis hashtag. Funsgi ini membenarkan pengguna Instagram untuk menapis hashtag yang menjengkelkan seperti #Instaweather, #IgersMy #CloudPorn . #Instaplace dan #Catstagram. Kami difahamkan fungsi menapis hashatg ini adalah antara fungsi yang paling diminta oleh pengguna-pengguna Instagram yang kini sudah mencecah 90 Juta orang. Fungsi menapis hashtag ini diharapkan dapat mengurangkan kemarahan akibat jengkel dengan trend semasa pengguna yang meletakkan berpuluh-puluh hashtag pada gambar yang dimuat naik dan epidemik gambar Instweather yang ntah hape-hape. Pihak Instagram apabila dihubungi pihak Amanz.My berkata

“Beberapa bulan yang lalu kami memperkenalkan TOS baru aplikasi kami dan ramai pengguna naik berang. Kami menyedari kesilapan kami dan mendengar maklum balas yang kami terima dari anda. Jadi sebagai cara membaiki hubungan antara kami dan pengguna yang tercalar, kami memasukkan fungsi menapis hashtag yang anda mahukan sejak beberapa bulan yang lalu. Ikhlas kami katakan kami juga jengkel dengan lambakkan gambar Instaweather yang tidak mempunyai nilai-nilai estetika ataupun komersial”

hashtagFungsi menapis hashtag boleh diakses di skrin tetapan aplikasi. Anda hanya perlu memasukkan hashtag yang ingin anda tapis dari muncul di susur masa anda. Fungsi ini mirip fungsi mute yang ada pada aplikasi Twitter.

 

Apabila disoal apakah fungsi lain yang akan dimasukkan ke dalam binaan Instagram pada masa hadapan, pihak Instagram berkata

“Kami sedang melakukan ujian Beta untuk membenarkan anda menapis Instacanvas. Dari survey yang kami lakukan lebih dari 80% pengguna juga jengkel dengan epidemik Instacanvas sejak dua menjak ini. Ramai pengguna yang perasan gambar char koey teow dan burger bakar mereka akan dibeli oleh teman-teman mereka melalui Instacanvas. Kita semua tahu ini adalah lucu dan tidak berpijak pada bumi yang nyata”

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd