Cari @ Amanz

YesSeperti semua sedia maklum, perkhidmatan Yes 4G sedia meliputi lebuhraya utara-selatan, sekaligus memudahkan mereka yang berjalan jauh menggunakan perkhidmatan tersebut. Terkini, Yes 4G juga turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Konsortium Transnasional Berhad dalam menawarkan perkhidmatan mereka di beberapa bas terpilih.

Melalui kerjasama ini, ia membolehkan penumpang di beberapa bas Nice dan juga Plusliner terpilih untuk menggunakan perkhidmatan Yes 4G, bermula daripada 5 Februari kelak.

Setiap bas terpilih ini akan menyertakan sebuah peranti khas, membolehkan penumpang untuk mengakses internet melalui sambungan WiFi padanya. Kuota percuma sebanyak 300MB disediakan, dan sekiranya habis, maka memerlukan pengguna untuk mendapatkan kuota tambahan pada harga RM5 setiap 500MB.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sepenuhnya bas dan laluan Nice dan Plusliner yang manakah akan menerima akses percuma ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd