Asus MeMo Pad ME172V bersaiz 7-inci telah pun dilancarkan di Malaysia, pada harga RM499, sekaligus meletakkan ia dalam golongan tablet mampu milik. Dan kini, beberapa gambar awal untuk MeMo Pad 10 mula kelihatan di arena web.
Daripada apa yang diperkatakan, tablet bersaiz 10-inci dikatakan akan membawakan skrin IPS dengan resolusi 1280×800 pixel, cip pemprosesan Tegra 3, dan dijana menggunakan Android 4.1.
Harga jualannya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan pada Mobile World Congress kelak.