Ked.ai merupakan salah satu laman jual beli yang mula beroperasi sejak tahun lepas, dan kini mereka memberikan nafas baru kepada laman utama mereka, sekaligus membawakan penambahan beberapa fungsi baru padanya.
Rekabentuk baru ini masih mengekalkan konsep sama seperti sebelumnya, dimana selain memudahkan pengguna mengakses pelbagai halaman pada laman tersebut, ia juga dioptimasikan untuk peranti pelbagai saiz, sekaligus membolehkan pengguna dan penjual melakukan jual beli menggunakan sebarang peranti.
Disamping itu, salah satu fungsi menarik yang disertakan pada Ked.ai versi baru ini adalah dimana membolehkan pengguna mengetahui aliran jual-beli, disamping membolehkan pengguna tawar-menawar harga barangan dengan lebih mudah dengan penjual.
Dan sekiranya seseorang penjual mempunyai halaman Facebook Pages mereka tersendiri, mereka juga boleh menambah ia pada halaman direktori pada Ked.ai, sekaligus memudahkan pembeli dan pengguna mengetahui berkenaan dengannya.
Selain daripada versi web, bagi mereka yang selesa menggunakan aplikasi, pembangunnya juga turut sama menyediakan aplikasi khas untuk Android dan juga iOS yang boleh dimuat-turun secara percuma daripada Google Play dan juga AppStore hari ini.
- Layari : Ked.ai