Terdapat pelbagai pilihan perisian antivirus untuk pengguna Windows, dan salah satunya adalah Avast. Terkini, pembangunnya telah pun mengeluarkan Avast! 8 Beta untuk dicuba terlebih dahulu oleh semua pengguna sebelum pelancaran rasminya dalam beberapa bulan lagi.
Avast! 8 Beta menyertakan antaramuka baru yang lebih kemas, sekaligus memudahkan para pengguna membuat pilihan padanya. Disamping itu, ia turut menyertakan aplikasi baru dinamakan Software Updater, sekaligus memastikan aplikasi yang digunakan anda adalah versi terkini.
Disamping itu, sebuah aplikasi khas untuk pelayar web turut disertakan, dinamakan sebagai Browser Cleanup, memudahkan anda membuang pelbagai toolbar yang menganggu pada pelayar web dengan mudah.
Namun, memandangkan ia masih lagi pada peringkat beta, maka beberapa masalah masih terdapat padanya, termasuk Windows 8 yang masih tidak disokong sepenuhnya, serta beberapa yang lain.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Avast! 8 Beta hari ini, dan mencubanya sendiri pada komputer anda.