Cari @ Amanz

sync-menuPada asalnya, pihak pembangun Ubuntu merancang untuk menyertakan menu sync baru pada Ubuntu 12.10, tetapi disebabkan kekangan masa, ia ditangguhkan, dan kini ia dijangka akan diperkenalkan pada Ubuntu 13.04 yang akan dilancarkan pada April 2013 kelak.

Melalui menu sync baru, ia memfokuskan kepada memudahkan pengguna menguruskan perkhidmatan storan awan dengan mudah. Melaluinya, ia akan mengintegrasikan sokongan Ubuntu One secara terbina, selain turut diperlihatkan akan menyertakan sokongan perkhidmatan lain, seperti Dropbox dan lain-lain.

Daripada lakaran konsep juga, pihak Ubuntu memperlihatkan ia akan membawakan butang “On/Off”, sekaligus memudahkan pengguna untuk mengaktifkan dan mematikan sesuatu perkhidmatan storan awan yang tidak digunakan.

Ubuntu 13.04 dikenali sebagai Raring Ringtail, dan akan dilancarkan secara rasminya pada bulan April 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd