Carian
Klien Twitter Untuk Android – Carbon Dilancarkan
February 4, 2013 Aman

Aplikasi Carbon untuk Android telah dinantikan sekian lama, dan kini, pembangunnya telah pun melancarkan versi telefon pintar, dan sedia untuk dimuat-turun secara percuma daripada Google PlayStore oleh semua.

Carbon untuk Twitter

Carbon membawakan rekabentuk yang amat menarik dan kemas, memudahkan pengguna menguruskan akaun Twitter mereka melaluinya. Pelbagai kandungan dipaparkan terus padanya tanpa perlu membuka pautan, termasuk gambar daripada laman perkongsian Instagram.

Disamping itu, setiap perubahan antara menu mempunyai animasinya tersendiri, menjadikan ia menarik untuk digunakan, berbeza dengan pelbagai klien Twitter yang lain. Seperti pada versi web, pengguna juga boleh mengakses topik hangat, membuat carian, dan pelbagai perkara lain menggunakan aplikasi Carbon ini.

Carbon untuk Twitter

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turunnya hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti Android anda.

Komen