Cari @ Amanz

Wine Pada Android Bakal Membolehkan Pengguna Menjalankan Perisian Windows

Oleh Aman

Link Copied!

Menjalankan aplikasi Android pada Windows tidak mustahil pada hari ini, apatah lagi dengan pelbagai perisian, terutamanya BlueStacks yang popular. Tetapi bagaimanakah pula sekiranya ingin menjalankan perisian Windows pada Android?

Untuk memudahkannya, kini Wine sedang membangunkan Wine untuk Android.

Seperti ramai sedia maklum, Wine merupakan salah satu perisian popular dikalangan pengguna Linux, memudahkan mereka menjalankan perisian dari Windows dengan mudah pada sistem operasi Linux.

Wine untuk Android

Daripada apa yang didemonstrasikan oleh pembangunnya, aplikasi Wine pada Android ini masih lagi pada peringkat awal, dan perisian yang dijalankan padanya masih belum berjalan lancar sepenuhnya.

Namun, perkara ini semestinya sesuatu perkara yang dijangka, memandangkan masih lagi pada peringkat awal pembangunan. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengannya, termasuk sokongan seperti sokongan pada ARM, x86 dan sebagainya dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, apa kata anda berkenaan dengan sokongan Wine pada Android? Adakah anda akan menggunakannya untuk menjalankan perisian Windows pada tablet atau peranti Android anda?


Komen ()