Friendster Melancarkan Aplikasi Rasmi Untuk Pengguna iOS

Friendster Melancarkan Aplikasi Rasmi Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Feb 4, 2013 oleh .

Friendster merupakan salah satu laman sosial terawal yang popular beberapa tahun dahulu, sebelum munculnya Facebook dan Twitter. Kini, selain memperkenalkan fokus kepada permainan pada tahun lepas, kini Friendster turut sama melancarkan aplikasi khas untuk pengguna iOS.

Aplikasi Friendster

Aplikasi Friendster untuk iOS ini membolehkan pengguna berhubung dengan rakan-rakan mereka, disamping bermain beberapa permainan asas melaluinya. Pengguna juga boleh mengakses Friendster Wallet, selain membuat pembelian Perks menggunakan peranti mudah-alih.

Aplikasi Friendster ini hanya dioptimasikan untuk pengguna iPhone dan juga iPod sahaja buat masa ini, dan mungkin versi iPad akan menyusul tidak lama lagi. Masih tidak diketahui sepenuhnya bilakah versi Android akan menyusul.

Muat-Turun Aplikasi Friendster untuk iOS


TIPS & ULASAN