Asus Malaysia Bakal Memperkenalkan Penghala Paling Kecil Pada Bulan Mac

Asus Malaysia Bakal Memperkenalkan Penghala Paling Kecil Pada Bulan Mac

Diterbitkan pada Feb 4, 2013 oleh .

ASUS WL-330NULPada awal bulan lepas, ketika CES 2013, Asus telah pun memperkenalkan penghala USB (Router USB) paling kecil di dunia, WL-330NUL, dan kini melalui halaman Facebook rasmi Asus Malaysia, mereka berkongsi mengatakan ia bakal hadir sekitar bulan Mac kelak.

Penghala Asus WL-330NUL ini bersaiz hanya sedikit besar daripada pemacu USB, dan seberat sekitar 25g, dan menyokong sistem operasi Windows, dan juga Mac OS X.

Menggunakannya, pengguna hanya perlu menghubungkan ia ke sebarang port USB pada komputer, dan boleh digunakan sebagai pengubah Ethernet-ke-USB, hotspot Wi-Fi, dan juga sebagai access point. Memandangkan sebahagian besar komputer riba, terutamanya komputer riba daripada Apple yang tidak menyertakan port untuk Ethernet, maka mungkin peranti ini akan serba sebanyak membantu pengguna yang ingin mengakses internet menggunakannya.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Penghala = Router [W]


TIPS & ULASAN