Microsoft Menjanjikan Office Versi Metro Untuk Pengguna Windows RT

Microsoft Menjanjikan Office Versi Metro Untuk Pengguna Windows RT

Diterbitkan pada Feb 4, 2013 oleh .

Pada Windows RT, pengguna terpaksa memasuki bahagian desktop semata-mata sekiranya ingin menggunakan aplikasi pejabat Microsoft Office 2013. Namun, ia mungkin berubah tidak lama lagi, dimana Microsoft melalui sebuah temuramah mengatakan Office versi Metro akan hadir tidak lama lagi.

Office - Ballmer

Buat masa ini, beberapa aplikasi daripada Microsoft telah pun disediakan dalam bentuk Metro, termasuk OneNote dan juga Lync. Namun, aplikasi utama seperti Word, Excel dan juga PowerPoint masih belum didatangkan dalam rekabentuk Metro, dan dikatakan akan hadir tidak lama lagi.

Office 2013 yang dilancarkan Microsoft pada minggu lepas, telah pun sedia didatangkan dengan sokongan sentuhan, tetapi tidak begitu mesra seperti mana aplikasi OneNote dan juga Lync.

Ia masih tidak diketahui bilakah versi Metro ini akan diperkenalkan Microsoft. Selain daripada Office versi Metro, antara yang dinantikan adalah termasuklah aplikasi Office untuk iOS dan juga Android.


TIPS & ULASAN