Asus PadFone Generasi Pertama Mula Menerima Kemaskini Jelly Bean

Asus PadFone Generasi Pertama Mula Menerima Kemaskini Jelly Bean

Diterbitkan pada Feb 4, 2013 oleh .

Asus Padfone generasi pertama telah mula dijual di Malaysia pada tahun lepas, dan kini, walaupun telah mengeluarkan Padfone 2, Asus masih mengeluarkan kemaskini untuknya, dimana terkini kemaskini Android 4.1 Jelly Bean diperkenalkan secara berperingkat untuknya.

Asus Padfone Malaysia

Asus Malaysia melalui laman Facebook mengatakan kemaskini ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna mereka bermula hari ini sehingga penghujung suku pertama tahun 2013.

Android 4.1 Jelly Bean menyertakan beberapa fungsi baru, dan semestinya salah satu yang popular adalah sokongan Google Now. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sokongan notifikasi yang memaparkan lebih banyak informasi, disamping mengatasi masa lengah masa yang biasa dilaporkan pengguna tablet Android.


TIPS & ULASAN