Laman Segi University Digodam

Laman Segi University Digodam

Diterbitkan pada Feb 4, 2013 oleh .

Selain daripada dua laman yang digodam pada penghujung minggu lepas, kini terbaru, laman Segi University turut menjadi mangsa, dimana sebuah halaman baru ditambah dengan mesej berkaitan dengan PSY dipaparkan padanya.

Segi - Godam

Seperti ramai sedia maklum, perkara berkaitan dengan PSY yang bakal hadir ke Malaysia hangat diperkatakan ramai di laman-laman sosial sejak daripada hari Ahad lepas (03 Februari).

Melalui mesej yang dipaparkan, kelihatan pengodamnya membantah perkara tersebut. Siapakah disebaliknya tidak dapat dikenal-pasti buat masa ini, dan halaman tersebut masih boleh diakses sehingga artikel ini diterbitkan.

TERIMA KASIH AFIQ


TIPS & ULASAN