Cari @ Amanz

CEO Nokia Memberi Petanda – Mungkin Hadir Dengan Tablet

Oleh Aman

Link Copied!

Tablet daripada Nokia merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai, apatah lagi dengan pelbagai ura-ura, termasuk pendaftaran paten oleh Nokia sebelum ini.

Walaupun tiada sebarang peranti yang kelihatan sehingga kini, melalui sebuah temuramah, Stephen Elop mengatakan mereka sedang mengkaji pasaran, dan mempelajari daripada pengenalan Surface dan beberapa tablet yang lain.

Namun, bilakah kita akan melihatnya masih tidak diketahui. Tetapi jikalau dari segi sistem operasi, berkemungkinan besar Nokia akan menggunakan sistem operasi Windows, apatah lagi dengan Nokia bekerjasama yang Microsoft untuk peranti Windows Phone sebelum ini.

Nokia sebelum ini pernah hadir dengan komputer riba netbook mereka – Nokia Booklet, dan melihat kebolehan Nokia, ia tidak mustahil untuk mereka hadir dengan tablet yang mempunyai pelbagai ciri-ciri dan juga rekabentuk yang menarik.

Jadi, sekiranya Nokia hadir dengan tablet, adakah ia akan dilabelkan sebagai agak terlambat memasuki pasaran, ataupun adakah ia dapat bersaing dengan sihat bersama-sama pelbagai pengeluar lain? Apa kata anda?


Komen ()