Samsung Bakal Hadir Dengan Peranti Boleh Dilipat Dipanggil Galaxy Q?

Samsung Bakal Hadir Dengan Peranti Boleh Dilipat Dipanggil Galaxy Q?

Diterbitkan pada Feb 5, 2013 oleh .

Pada CES 2013 yang lepas, Samsung memperlihatkan skrin dengan kebolehan boleh dilipat dan dilentur. Kini, beberapa desas-desus mula kedengaran, mengatakan gergasi dari Korea Selatan itu bakal memperkenalkan peranti dengan skrin seumpamanya tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Q

Daripada apa yang kedengaran, ia dikatakan peranti tersebut akan membawakan faktor rekaan dwi-skrin, dimana dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.7Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 8-megapixel, bateri berkapasiti 3,500mAh dan menggunakan Android 4.2.1 padanya.

Berkemungkinan peranti ini disasarkan untuk para pengguna yang inginkan sesuatu dengan skrin bersaiz besar, dan pada masa yang sama mudah dibawa ke mana-mana tanpa sebarang masalah.

Samsung Galaxy Q

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti yang diperkatakan ini akan diperkenalkan Samsung. Mungkinkah kita akan melihat sesuatu pada acara MWC 2013 penghujung bulan ini?


TIPS & ULASAN