Sokongan WebRTC telah dibangunkan dan dibincangkan dengan aktif sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini, dengan Firefox dan Chrome yang telah sedia menyokong beberapa sokongan WebRTC, Mozilla dan juga Google memperlihatkan sokongan panggilan video menggunakannya.
WebRTC merupakan salah satu teknologi yang digunakan dalam dunia web untuk membolehkan panggilan video dilakukan menggunakan pelayar web.
Memandangkan kedua-dua pelayar web menggunakan teknologi yang sama, dan mencapai salah satu tahap penggunaan dalam pembangunan WebRTC, kini mereka mempertontonkan kebolehannya, termasuk sokongan diantara platform.
Buat masa ini, kedua-dua pelayar web utama ini menyokong kebolehan untuk membuat panggilan audio dan video diantara pengguna, dan dikatakan komponen ketiga sedang dalam pembangunan yang akan membolehkan penghantaran dan penerimaan data seperti fail, gambar dan sebagainya.
Buat masa ini, bagi mereka yang ingin mencuba sokongan WebRTC, boleh ke halaman demo rasmi untuknya, dan mencuba menggunakan versi pembangunan terkini Chrome dan juga Firefox.