Acer Iconia B1 Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi – Berharga Bawah RM500

Acer Iconia B1 Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi – Berharga Bawah RM500

Diterbitkan pada Feb 5, 2013 oleh .

Acer Iconia BAcer Iconia B1 telah diperkenalkan oleh Acer pada bulan lepas, dimana merupakan salah satu tablet keluaran mereka dibawah kategori mampu milik. Setelah dilancarkan dibeberapa negara, kini tablet tersebut juga akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

Acer Iconia B1 ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras, skrin bersaiz 7-inci dengan paparan WSVGA 1024×600 pixel, memori sebanyak 512MB RAM dan juga ruangan storan terbina 8GB padanya. Dari segi sistem operasi, ia dijana menggunakan Android Jelly Bean padanya.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Acer, tablet ini dikatakan akan berharga dibawah RM500, sekaligus bersaing dengan tablet daripada Asus, iaitu MemoPad yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia baru-baru ini.

Acer Iconia B


TIPS & ULASAN