Cari @ Amanz

Selain daripada Acer Liquid C1 yang berasaskan cip pemprosesan Intel, Acer Malaysia juga hari ini memperlihatkan peranti mampu milik mereka, Acer Z120, yang mana akan mula dijual pada bulan Mac 2013.

Acer Z120

Acer Z120

Acer Z120 ini dijana menggunakan cip pemprosesan 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera 3-megapixel dan juga skrin bersaiz 3.5-inci padanya. Dari segi sistem operasi, ia menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta membawakan penambahan fungsi rakaman yang dinamakan 2.5D pada kamera. Bagi yang gemarkan peranti dwi-SIM, Z120 turut sama mungkin bersesuaian untuk anda.

Acer Z120, walaupun membawakan antaramuka asas Android, ia turut didatangkan dengan sebuah mod khas dinamakan Quick Mode untuk memudahkan pengguna yang biasa dengan antaramuka peranti lama menggunakannya dengan mudah.

Acer Z120

Acer Z120

Kami akan berkongsi lebih lanjut berkenaan dengan Acer Z120 ini dalam artikel pandang pertama kami tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd