Pengguna HTC One S Malaysia Mula Menerima Kemaskini Jelly Bean

Pengguna HTC One S Malaysia Mula Menerima Kemaskini Jelly Bean

Diterbitkan pada Feb 5, 2013 oleh .

HTC One S - Jelly BeanKemaskini Jelly Bean merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai, termasuk para pengguna peranti HTC One S. Hari ini, ia kelihatan kemaskini Jelly Bean telah pun mula diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna tempatan.

Kemaskini yang bersaiz lebih 600MB ini kelihatan membawakan beberapa penambahan, dimana selain daripada Android 4.1.1 dan juga HTC Sense 4+, ia juga membawakan sokongan pengurusan tenaga yang lebih baik untuk pengguna One S.

Bagi pengguna peranti HTC One S, mungkin anda boleh menyemak kemaskini ini pada peranti anda, dan pastikan membuat salinan pendua data anda sebelum memulakan proses mengemaskini.

TERIMA KASIH AIMAN & SYAFIQ


TIPS & ULASAN