Saluran YouTube Menerima Kemaskini Antaramuka – Kelihatan Seumpama Google+

Saluran YouTube Menerima Kemaskini Antaramuka – Kelihatan Seumpama Google+

Diterbitkan pada Feb 5, 2013 oleh .

Google nampaknya kini dalam usaha untuk menjadikan laman YouTube mereka selari dengan rekabentuk Google+, dimana setelah memperkenalkan antaramuka yang baru sebelum ini, kini mereka turut sama mula memperkenalkan rekabentuk baru untuk halaman saluran di YouTube.

Saluran YouTube Baru

Daripada rekabentuk baru yang sedang diuji dalam bentuk beta terhad, ia membolehkan pemilik saluran menyertakan sebuah gambar khas pada bahagian atas, menjadikan paparan saluran YouTube lebih menarik berbanding sedia ada.

Rekabentuk baru ini juga memperlihatkan perancangan Google untuk mengintegrasikan YouTube dan Google+ dengan lebih menyeluruh pada masa akan datang kelak.

Daripada apa yang dikatakan, kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi. Buat masa ini, hanya beberapa saluran sahaja yang memaparkan rekabentuk ini, seperti Mondo, Sorted Food dan beberapa yang lain.


TIPS & ULASAN