Samsung Memperkenalkan Galaxy Young Dan Galaxy Fame Secara Rasmi

Samsung Memperkenalkan Galaxy Young Dan Galaxy Fame Secara Rasmi

Diterbitkan pada Feb 5, 2013 oleh .

Samsung hari ini secara rasminya memperkenalkan dua peranti baru mereka yang dijana menggunakan Android, iaitu Samsung Galaxy Young dan juga Samsung Galaxy Fame. Kedua-dua peranti mampu milik ini dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

Samsung Galaxy Young

Samsung Galaxy Young membawakan skrin bersaiz 3.27-inci, cip pemprosesan 1GHz, kamera belakang 3-megapixel, ruangan storan sebesar 4GB, memori sebanyak 768MB RAM, A-GPS, dan bateri berkapasiti 1300mAh padanya.

Samsung Galaxy Fame

Samsung Galaxy Fame juga merupakan peranti mampu milik terbaru daripada Samsung, menggunakan cip pemprosesan 1GHz, skrin bersaiz 3.5-inci HVGA TFT, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan VGA, ruangan storan sebesar 4GB, memori sebanyak 512MB RAM, A-GPS serta Glonass, dan bateri berkapasiti 1300mAh.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri tambahan, termasuk sokongan Samsung Game Hub Lite, S-Cloud serta kebolehan untuk mengetahui gerakan melalui Motion UI.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah kedua-dua peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN