Cari @ Amanz

Setelah mengumumkan iPad generasi ke empat dengan ruangan storan sebesar 128GB sebelum ini, kini Apple, melalui Apple Store Malaysia telah pun menambah penawaran peranti tersebut pada harga bermula RM2399.

iPad generasi ke-4 dengan tawaran ruangan storan sebesar 128GB itu dijual pada harga RM2399 untuk versi WiFi, manakala versi selular dijual pada harga RM2799.

iPad 128GB Malaysia

Mengikut apa yang dipaparkan Apple Store Malaysia, ia akan dihantar dalam masa satu ke tiga hari perniagaan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan iPad generasi ke-empat dengan ruangan storan sebesar 128GB ini, mungkin boleh menempah dan mendapatkannya daripada Apple Store Malaysia hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd