Dell Membeli Semula Saham – Menerima Pinjaman $2 Bilion Dari Microsoft

Dell Membeli Semula Saham – Menerima Pinjaman $2 Bilion Dari Microsoft

Diterbitkan pada Feb 5, 2013 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura dan desas-desus sebelum ini, hari ini, syarikat pengeluar komputer terkemuka, Dell, secara rasminya mengumumkan penswastaan syarikat mereka, sekaligus tidak lagi mendagangkan saham mereka di pasaran saham dan sebagainya.

Untuk menjayakan perkara ini, Michael Dell, iaitu CEO Dell sendiri mengeluarkan dana peribadi beliau, disamping menerima pelaburan daripada beberapa pihak, termasuk pinjaman sebanyak $2 bilion daripada Microsoft.

Berkenaan dengan pinjaman daripada Microsoft, gergasi dunia teknologi itu mengatakan mereka komited dalam membantu rakan kerjasama mereka, disamping pada masa yang sama memastikan ekosistem perkomputeran terus berjaya.

Sebelum ini, Dell sendiri mengalami penurunan angka jualan, apatah lagi dengan ekosistem industri PC sendiri mengalami pelbagai perubahan, disamping lebih jualan berlaku di arena tablet dan juga telefon pintar. Buat masa ini, apakah perancangan Dell untuk bulan-bulan akan datang tidak diketahui lagi, dan salah satu persoalan yang timbul adalah adakah Microsoft akan bekerjasama dengan pihak Dell seumpama perhubungan mereka dengan Nokia dalam industri telefon pintar.


TIPS & ULASAN