Cari @ Amanz

Instagram FeedSetelah hanya menawarkan kebolehan mengikuti kemaskini rakan-rakan pada peranti mudah-alih, kini Instagram turut sama memperkenalkan fungsi sama pada versi web, sekaligus memudahkan lagi pengguna mengikuti perkembangan rakan-rakan mereka.

Sebelum ini, Instagram telah pun memperkenalkan sokongan meninggalkan komen, Like, dan juga memperkenalkan halaman profil setiap pengguna. Namun, untuk mengikuti kemaskini gambar semasa, ia agak sukar, dan memerlukan pengguna membuka akaun profil setiap pengguna, atau URL khas untuk sesuatu imej secara manual.

Memudahkan perkara ini, kini halaman utama Instagram.com memaparkan gambar daripada rakan-rakan anda (setelah di log masuk), sekaligus memudahkan anda melayari gambar-gambar dari rakan anda dengan mudah. Pada masa yang sama, sokongan notifikasi juga disediakan, membolehkan anda mengetahui sekiranya terdapat gambar baru yang dimuat-naik rakan-rakan anda.

Bagi mereka yang mempunyai akaun Instagram, mungkin boleh menyemak Instagram Feed anda dengan melayari Instagram.com hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd