Pada BlackBerry 10, seperti semua sedia maklum, ia menyertakan Android Runtime, sekaligus membolehkan pengguna dan juga pembangun menjalankan aplikasi Android terus padanya tanpa sebarang masalah.
Namun, apa yang agak mendukacitakan adalahh ia menggunakan Android Runtime berasaskan kepada Android 2.3.3 Gingerbread. Perkara ini sekaligus membawa kepada beberapa kekangan, selain menyukarkan proses pembangun yang ingin mengubah aplikasi terkini mereka untuk menyokongnya.
Pada BlackBerry Jam Europe yang berlangsung minggu ini, pihak BlackBerry mengumumkan yang mana kelak ia akan dikemaskini kepada Android 4.1 Jelly Bean. Berita ini semestinya akan mengembirakan ramai pengguna dan juga pembangun seluruh dunia yang ingin menggunakannya.
Namun, bilakah ia akan diperkenalkan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.