Adakah Microsoft Bakal Memperkenalkan Perisian Office Natif Untuk Linux Seawal 2014?

Adakah Microsoft Bakal Memperkenalkan Perisian Office Natif Untuk Linux Seawal 2014?

Diterbitkan pada Feb 6, 2013 oleh .

Office 2013Pelbagai pembangun permainan telah pun mula menumpukan perhatian kepada platform Linux, apatah lagi dengan pengenalan Steam untuk Linux, dan kini dilaporkan yang mana Microsoft turut sama tidak ingin ketinggalan, dan mungkin akan melancarkan Office untuk Linux pada tahun 2014.

Office telah pun boleh dijalankan melalui perisian ketiga seperti Wine dan sebagainya. Tetapi, dengan penggunaan Linux yang semakin popular, ia dikatakan Microsoft akan mengeluarkan perisian natif Office untuk Linux pada tahun hadapan.

Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Office untuk Android akan hadir pada tahun ini, dan sekiranya ia benar, maka usaha untuk menghasilkan Office untuk Linux tidak begitu sukar untuk gergasi perkomputeran itu.

Dengan pengenalan pelbagai permainan untuk pengguna Linux sendiri ia telah mula menarik perhatian ramai pengguna baru, dan semestinya sekiranya Microsoft mengeluarkan Office untuknya, Linux akan mendapat perhatian lebih ramai pembangun dalam menghasilkan perisian mereka untuk Linux.

Apa pun, ia hanya dilabelkan sebagai ura-ura buat masa ini, dan sekiranya benar, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN