Cari @ Amanz

Statistik Penggunaan Android - Feb 2013Google hari ini telah pun mengemaskini statistik semasa penggunaan Android, dan daripada apa yang diperlihatkan, kelihatan angka pengguna yang menggunakan versi Jelly Bean meningkat lagi pada bulan lepas, menjadikan ia berjumlah 13.6%.

Pengguna versi Gingerbread masih adalah yang paling ramai buat masa ini, tetapi mengalami penurunan dari bulan ke bulan. Buat masa ini, pengguna versi Gingerbread berjumlah lebih kurang 45.6% diseluruh dunia.

Seperti semua sedia maklum, faktor kemaskini yang tidak selari diantara semua pengeluar peranti Android sering dipersoalkan. Daripada statistik yang diperlihatkan, lebih separuh pengguna Android masih menggunakan Android 2.x, walaupun mengalami penurunan dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd