Aplikasi Selangor BN FM Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada Feb 6, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barisan Nasional Selangor mempunyai radio dalam-talian mereka tersendiri, dan kini mereka turut sama melancarkan sebuah aplikasi khas untuk para pengguna Android dan juga iOS.

Selangor BN FM

Kedua-dua aplikasi ini ditawarkan secara percuma, membolehkan para pengguna untuk mendengar dan mengikuti siaran radionya, disamping pada masa yang sama melihat intisari rancangan serta memuat-turun fail-fail audio daripadanya.

Daripada percubaan kami, untuk menggunakannya, ia meminta pengguna untuk mendaftarkan nama, emel dan juga nombor telefon, yang mana berkemungkinan menjadi penghalang untuk orang ramai mencubanya. Namun, dari segi antaramuka, ia agak kemas dan cantik berbanding pelbagai aplikasi lain.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore dan Google Play, serta memberikan maklumbalas berkaitan dengannya.


TERIMA KASIH EZZUDDEN

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami