Microsoft Menyediakan Panduan Office 2013 Dalam Bentuk PDF – Muat-Turun Sekarang

Microsoft Menyediakan Panduan Office 2013 Dalam Bentuk PDF – Muat-Turun Sekarang

Diterbitkan pada Feb 6, 2013 oleh .

Microsoft telah pun melancarkan Office 2013 pada minggu lepas, yang mana membawakan pelbagai perkara baru daripada sokongan storan awan, sokongan sosial dan pelbagai perkara baru lagi.

Bagi sesetengah pengguna, mungkin ia agak sukar untuk memahami perisian baru ini, dan mencari bahan rujukan tambahan untuk mempelajari berkenaan dengannya.

Untuk memudahkan perkara ini, pihak Microsoft sendiri menyediakan panduan khas untuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, dan Publisher 2013, dimana kesemua panduan disediakan dalam bentuk PDF, dan sedia dimuat-turun oleh semua secara percuma.

Bagi pengguna Windows 8 yang berminat, boleh mendapatkannya dan membaca tanpa sebarang perisian tambahan, tetapi sekiranya anda menggunakan sistem operasi berbeza, mungkin memerlukan perisian pembaca PDF seperti Adobe Reader dan sebagainya untuk membuka fail panduan tersebut.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk mempelajari Office 2013 dengan lebih lanjut, boleh memuat-turun panduan Office 2013 hari ini.

Muat-Turun Panduan Office 2013 Daripada Microsoft


TIPS & ULASAN