Sokongan Bantuan Maya – Siri Akan Hadir Pada Apple OS X?

Sokongan Bantuan Maya – Siri Akan Hadir Pada Apple OS X?

Diterbitkan pada Feb 6, 2013 oleh .

siriDesas-desus berkenaan OS X akan menerima sokongan Siri bukanlah sesuatu yang baru, dan kini melalui sebuah iklan pencarian pekerja daripada Apple, ia menandakan perkara tersebut berkemungkinan akan diperlihatkan pada sistem perkomputeran OS X tidak lama lagi.

Daripada iklan tersebut, Apple sedang mencari Siri UI Engineer dengan pengalaman penggunaan Mac OS X, serta inginkan mereka yang menyukai platform Macintosh dan ingin membuat perisian yang menarik dan mudah digunakan.

Pada Mountain Lion sebelum ini sendiri, Apple menyertakan pelbagai aplikasi daripada iOS ke desktop, selain memudahkan pengguna sync akan kandungannya melalui penggunaan iCloud.

Sokongan Siri pada iOS adalah salah satu fungsi yang diperkatakan ramai ketika pengenalannya di iPhone 4S, dan semestinya sekiranya ia dapat diintegrasikan dengan baik pada desktop, mungkin akan mempunyai penggunanya tersendiri.

Buat masa ini, ramai yang menantikan OS X 10.9, dimana dijangka akan diperkenalkan seawal bulan ini. Apakah yang akan dibawakan sepenuhnya oleh OS X 10.9 masih tidak diketahui lagi. Mungkinkah sokongan Siri ini akan menjadi salah satu fungsi pada OS X 10.9?


TIPS & ULASAN