SKMM Melanjutkan Tempoh Sah Tebus Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia Sehingga 3 Bulan

SKMM Melanjutkan Tempoh Sah Tebus Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia Sehingga 3 Bulan

Diterbitkan pada Feb 6, 2013 oleh .

Jikalau sebelum ini, Pakej Komunikasi Belia ditetapkan untuk ditebus dalam tempoh masa sebulan sejak menerima pengesahan, hari ini, SKMM mengumumkan yang mana tempoh sah untuknya dilanjutkan ke tiga bulan.

Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat pilihan yang baik sebelum membuat pembelian telefon pintar menggunakan Pakej Komunikasi belia.

Menurut pihak SKMM, mereka yang telah berjaya mendaftar dan menerima pengesahan pada awal Januari yang lepas, tidak lagi perlu mendaftar semula, kerana ia dilanjutkan ke 3 bulan. Semua mereka yang terlibat dijangka akan menerima emel berkenaan dengannya tidak lama lagi.

Sehingga ke hari ini, ia dikatakan lebih daripada 440,000 belia telah mendaftarkan diri untuk Pakej Komunikasi Belia, dan hampir 60,000 yang telah membeli telefon pintar baharu.


TIPS & ULASAN