Azli Paat Meninggal Dunia

Azli Paat Meninggal Dunia

Diterbitkan pada Feb 6, 2013 oleh .

Berita yang mungkin agak mendukacitakan untuk dunia teknologi tempatan, dimana hari ini, pakar IT dan juga kandungan mudah-alih tempatan, saudara Azli Paat meninggal dunia. Beliau telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia IT dan kandungan mudah-alih di Malaysia.

azlipaat-apicta

Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.

Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh HeiTech Padu Berhad pada tahun 2010.

Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.

Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.

 


TIPS & ULASAN