HTC Mula Memberikan Petanda Untuk Peranti Baru – Berkemungkinan Adalah M7

HTC Mula Memberikan Petanda Untuk Peranti Baru – Berkemungkinan Adalah M7

Diterbitkan pada Feb 7, 2013 oleh .

HTC Jantung CyborgHTC bakal memperkenalkan peranti baru mereka seawal 19 Februari kelak, dan telah pun mula memberikan beberapa petanda satu demi satu. Selepas sebelum ini CEO HTC melaungkan nama HTC M7 secara terbuka, kini HTC Jerman pula menyediakan sebuah poster promosi khas untuknya.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia hanya memaparkan mesej “akan datang”, disamping memperlihatkan jantung disebalik papan induk. Maksud sebenar disebaliknya masih menjadi tanda tanya, dan apakah peranti disebaliknya juga tidak diketahui.

Akhir-akhir ini, M7 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, dimana dikatakan akan menyertakan kamera jenis baru, selain turut dijana menggunakan cip pemprosesan empat teras dan menyertakan paparan 1080p padanya.


TIPS & ULASAN