Cari @ Amanz

itunesApple hari ini secara rasmiya mengumumkan dimana perkhidmatan tawaran kandungan digital mereka, iTunes Store telah menjual lebih daripada 25 bilion lagu melaluinya sehingga ke hari ini.

iTunes Store hari ini menawarkan lebih 26 juta lagu melaluinya, dan pembelian lagu melaluinya ditawarkan di lebih 119 buah negara.

Pada tahun lepas, Apple telah memperluaskan perkhidmatan tersebut ke Malaysia, dan hari ini, melalui iTunes Store, pengguna tempatan turut sama boleh mendapatkan lagu-lagu dari penyanyi tempatan.

Pengumuman angka jualan ini juga sekaligus memperlihatkan permintaan dan pembelian pengguna untuk kandungan digital adalah agak tinggi, dan dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari.

Jadi, adakah anda pernah membeli lagu melalui iTunes Store?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd