(Ura-Ura) Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy S4 Pada 15 Mac?

(Ura-Ura) Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy S4 Pada 15 Mac?

Diterbitkan pada Feb 7, 2013 oleh .

Samsung Galaxy S4Jikalau HTC bakal memperkenalkan peranti mereka pada bulan ini, kini, ura-ura terbaru mengatakan Samsung sedang dalam persiapan untuk mengumumkan dan memperkenalkan peranti terbaru mereka, Samsung Galaxy S4 seawal 15 Mac kelak.

Ia dikatakan Samsung akan mengumumkannya pada pertengahan Mac, dan kemudiannya mula menjual pada bulan April.

Mengikut pelbagai ura-ura sebelum ini, ia dikatakan Galaxy S generasi baru ini akan menyertakan cip pemprosesan Exynos5 Octa (8-teras), skrin bersaiz 4.99-inci dengan paparan 1080p, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, dan menjalankan Android 4.2.1 padanya.

Memandangkan pada Galaxy S3 sendiri Samsung menyertakan pelbagai fungsi-fungsi menarik padanya, mungkin kita turut sama boleh melihat beberapa fungsi dan perkhidmatan menarik disertakan bersama-sama Galaxy S4.

Buat masa ini, tarikh pengumuman ini masih dikategorikan sebagai ura-ura, dan jemputan rasmi dijangka akan mula dihantar bermula awal Mac kelak.

Jadi, bagi anda yang bercadang mendapatkan Samsung Galaxy S3 dalam tempoh waktu terdekat, mungkin boleh menangguhkannya, dan menantikan apakah yang bakal diperkenalkan oleh Samsung tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN