Carian
Adakah Google Akan Hadir Dengan Chromebook Yang Dibangunkan Sendiri?
February 7, 2013 Aman

ChromeOS dan juga ChromeBook, walaupun tidak memasuki pasaran Malaysia sehingga ke hari ini, tetapi ia mempunyai permintaan dan peminatnya tersendiri. Kini, beberapa perkara berkenaan komputer riba Chromebook yang dibangunkan sendiri oleh Google mula kedengaran.

Ia dikatakan mungkin akan dikenali sebagai Google Link yang mana membawakan paparan resolusi tinggi (2560×1700 pixel) dan juga sokongan sentuhan.

Daripada video yang dipaparkan, ia dilaporkan dibuat oleh Slinky, salah satu syarikat yang bekerja dengan pihak Google, dan diperkatakan pelayan mereka telah diserang pengodam. Namun, daripada video yang diperlihatkan, ia seperti agak berbeza dengan pelbagai video Google sebelum ini.

Tetapi, perkara berkenaan dengan komputer riba yang dibangunkan sendiri oleh Google ini bukanlah sesuatu yang baru. Ura-ura mengenainya telah kedengaran sejak bulan November yang lepas, dan kini ia mula kedengaran kembali.

Mungkinkah kelak kita akan melihat “Chromebook Pixel” ini pada Google I/O bulan Mei 2013?

Komen