Carian
Pembangun Tempatan Memperlihatkan Prototaip Untuk Jetpack
February 7, 2013 Aman

ZullDesign Autotronic - JetpackPerkara berkenaan dengan jetpack bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah kelihatan dibeberapa buah negara, dan terkini, ZullDesign Autotronic memperlihatkan prototaip awal jetpack daripada mereka melalui sebuah video khas.

Daripada laman utama ZullDesign Autotronic, mereka katakan sedang giat menambah baik dan menguji jetpack yang dibangunkan sendiri oleh mereka ini, dan mungkin akan memasarkannya tidak lama lagi.

Berkemungkinan juga rekabentuk akhir jetpack ini berbeza, dan mungkin akan menyertakan pelbagai kawalan padanya. Ia tidak diketahui lagi berapakah kos yang terlibat padanya.

Kami telah menghubungi pihak Zulldesign Autotronic, dan mungkin lebih banyak maklumat berkenaan dengannya akan diketahui tidak lama lagi.

Komen