Sejak Ubuntu Phone OS diperlihatkan pada awal Januari 2013 yang lepas, ia telah menjadi bualan ramai, malah ramai yang tidak sabar menantikannya. Hari ini, Mark Shuttleworth mengatakan telefon pintar yang menjalankan Ubuntu akan boleh didapati oleh para pengguna bermula Oktober 2013.
Terlebih dahulu sebelum itu, pada penghujung bulan Februari 2013 ini, para pembangun boleh memuat-turun fail Ubuntu Phone OS yang dioptimasikan untuk Galaxy Nexus dan mencubanya pada peranti Galaxy Nexus mereka.
Ubuntu Phone OS membawakan rekabentuk antaramuka yang amat menarik, disamping menggunakan sokongan gesture untuk mengawalnya.
Buat masa ini, Mark Shuttleworth tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan siapakah rakan kerjasama untuk mengeluarkan peranti tersebut.